Thursday, March 3, 2011

Perihal Hati

Esok hari last kawan Unisel aku, Glow akan intern kat TCDM. Dia dok sebelah aku kat office. 3 bulan je sempat intern sama, skrg dia dah nak habis. Best kawan dgn dia, walaupun asyik kena sakat je kan. Esok last day dia. Dia ade 2 presentations kena buat. Pagi: Tazkirah and petang: Final Internship Presentation. All the best lah bro. 

So, this entry is what I recommended to him to bring for tomorrow's punya tazkirah kan. Pasal hati :)

***


Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Hati boleh baik dan jahat.
  • Rasa senang apabila ia dipuji.
  • Rasa menderita apabila di keji.
  • Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
  • Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
  • Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
  • Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
  • Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
  • Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
  • Simpati dengan orang susah.
  • Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
  • Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
  • Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
  • Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.
Lihat apa kata Allah tentang hati.

Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. " (Asy - Syams: 9)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - A'la: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Saturday, February 26, 2011

Working With Meaning

Last Tuesday, aku attend satu event ni, "Working With Meaning" Sharing Session. As usual, being organizer, aku part media, amik gambar and video. What to be shared in this post, aku tertarik dengan satu moment dalam event ni, whereby participants boleh share ape diorg rasa.

A guy stood up. Nama dia Arif kot. Staff. Dia cakap ni kat mic, "To be honest, I hate my job." Sume dalam Dining Hall tu stumbled. hahhaha... siyes klakar part tu. gile berani kan mamat ni. He continued, "Every morning, I arrived at the office, this is what I did." Then, dia pun gerak gi tepi tingkap. 

"xde org nak teman ke.." Dia pun ajak the other participants and panelists join dia..

"Ok. Cuba tengok kat bawah tu. Kita ada Lembaga Getah Malaysia, rumah, kereta, orang bergerak sana sini.."

"What work really means to me for being here, in PETRONAS, is that I always thinks that one day, maybe not now, maybe in the future, what I did now will eventually gives benefits to someone, something down there."

"That's how work gives meaning to me."


Those words not the exact lah apa dia cakap kan. Tapi itu lah yang aku ingat. Maybe aku ada rephrased sikit.  The point is alam kerja ni, satu hari nnt, akan mula rasa bosan dan akan ada hari-hari yg mendatang akan buat diri jadi demotivated. Hold on to principles mcm ni myb leh motivate diri sendiri. Paling tak pun, ingatlah, ape kita buat ni, semua keranaNya, dunia ni pinjaman sementara je.