Monday, May 18, 2015

Tempat-tempat makan yang best di Kuantan

We have been to Kuantan couple of times now, this is some of them yang kami dah experience food, service, location dia. Let's go through this one by one shall we?
  1. Ana Ikan Bakan Petai, Tanjung Lumpur
    Kalau nak makan dengan family, kena buat tempahan awal kat sini, start daripada maghrib dah penuh dengan orang. Semua datang dengan family besar-besar pulak tu. Lagi-lagi kalau weekends. Memang full house. We tried the famous ikan bakar petai. Masa tu tak pasti amik ikan apa, kena pilih sendiri ikan. My husband yang pilih, that's why tak ingat. Haha.
    Gambar google je. Tak dan nak amik masa tu.

    Rasa memang sedap, macam bakar portugese-style tu.  Rasa gravy dia yang spot on for me. Kami duduk kat bahagian atas, ada meja-meja jepun, kena bukak kasut kat atas. Kalau ada anak-anak nak golek-golek sesuai lah kat atas tu.

    Oh ye. Ana Ikan Bakar Petai ni kalau tak silap ada 3 cawangan. Mana-mana pun memang penuh, So I assume sama je rasa kat semua cawangan dia.


  2. Terminal Satay Zul
    Satay yang agak famous di Kuantan. Memang ramai orang. Kuah kacang dia sedap, satay tak ingat la berapa sen secucuk. Ada jugak pulut mangga kat situ.


  3. Lila Wadi, Jalan Teluk Sisek
    Mula-mula datang sini nak try Mango Cheesecake dia yang famous dengan Pandan Cooler dia. The next time kami singgah sini, dengan family husband, makan light dinner sebab semua orang makan lunch lambat hari tu. Tempat dia makanan quite pricey, but worth the taste and ambiance kat situ. Parking dan seating can be problematic kalau tak reserve awal-awal.

    Kat sini style western and fusion sikit, ada bbq and steamboat, nasi pun ada. Mango cheesecake dia is a must try lah.

    Ada jugak satu lagi cawangan dia kat Indera Mahkota 2 kalau tak silap. Kedai lagi besar.

  4. Nasi Kukus Mama, Indera Mahkota
    Sebelah dengan Sri Manja Boutique Hotel kat Indera Mahkota. Style bayar, beratur dan amik order. Peringatan: Mintak orang yang bungkuskan order tu, asingkan cili dia. Cili dia memang pedas, tapi sedap. Memang tak pakai pinggan kat kedai tu, kertas minyak all the way. Bungkus pun kertas minyak, double layer.
    Bungkus, makan kat hotel

    Nasi sedap berderai, ayam berempah dia pun best. Dah dua kali makan Nasi Kukus Mama ni. Sebungkus RM5.00. Try lah. memang sedap.

Wednesday, May 13, 2015

Where to stay in Kuantan?


  1. Kosma Boutique Hotel, Jalan Teluk Sisek

    Dah dua kali bermalam di Kuantan, kami pun cari lah hotel budget yang selesa, harga berpatutan dan mudah untuk cari makan. First time bermalam di Kuantan adalah pada 7 March 2015 lepas. Masa tu ada nak attend wedding kawan kami, kat Indera Mahkota. Satu malam RM98.00 nett. Tiada tambahan apa-apa charge. Itu rate bilik Standard, ada queen bed, tiada minibar, water heater with complementary mineral water, coffee, sugear,  tv flatscreen, channel pun boleh tahan banyak.


    This picture bilik deluxe kot, yang Standard tu memang sempit betul. Dua orang dewasa sahaja boleh dan baby. Nak solat pun kena gi surau. Surau located at the top floor, ada tanda arah ke surau tu. It's just bilik yang diconvert jadi surau.Oh ya, ada baby cot disediakan di setiap floor, mudah untuk sesiapa ada baby, tapi kalau bilik standard memang tak muat la. Haha. Kalau ada anak kecil yang hyperactive tu, hati-hati sebab furnishing bilik (sidetable, divan katil, etc) ni ada sisi-sisi yang berbahaya sangat pada anak-anak kecil. Ibu bapa kena tengok-tengok sikit lah.

    Location? Kat Jalan Teluk Sisek, memang area tempat makan yang best-best. Terminal Satay Zul, Lilawadi, dekat juga dengan Tanjung Lumpur (Ana Ikan Bakar Petai), dan banyak lagi.

    Kena call jugak dulu untuk confirmkan availability bilik, lagi-lagi kalau dah peak season kan. Overall, kami selesa dengan hotel ni, kami recommend untuk sesiapa yang first time nak bercuti di Kuantan untuk stay di hotel ni sebab location wise memang okay untuk jalan-jalan cari makan, berpatutan, bersih dan selesa, parking pun banyak.


  2. Sri Manja Boutique Hotel, Indera Mahkota


    Weekend lepas, 8-10 Mei 2015 kami ke Kuantan lagi sebab husband ada match hockey Kuantan 7 Sebelah. Kami menginap di Sri Manja Boutique Hotel. Hotel ni ada kapasiti 88 bilik, harga bermula serendah RM98.00 untuk superior room. Kami menginap di superior room. Saiz memang lebih kurang sama dengan Kosma Boutique hotel saiz standard, adalah ruang untuk solat seorang sebab bilik air dia kecik sikit berbanding dengan Kosma Boutique Hotel.

    Berbeza dengan Kosma, Sri Manja ada complementary breakfast for two, ada swimming pool, mini gym, parking basement. Tapi jangan expect yang macam 4,5 bintang punya hotel facilities and breakfast lah kan. You pay what you deserve. Haha. Breakfast was not so bad for me, ada nasi lemak, nasi goreng, roti bakar, egg station (boleh request nak telur mata/omellet/etc), cereals, coffee and tea. Cepat-cepat turun untuk breakfast, takut ramai orang, tempat duduk pun limited.

    Lobby Sri Manja, depan tu cafe tempat breakfast.



    Kami solat sebelah katil ni la. Bergilir-gilir. Memang muat untuk seorang je.


    Swimming pool dia untuk yang dewasa paras pinggang je. Air tu nampak cam bersih sebab tiles dia warna biru gelap. haha




    Panggil minigym sebab ada satu je alatan nak ber-gym kat sebelah swimming pool ni. Aircond dalam tu pun da kaput. ahaha.

    Test air shower kat swimming pool dia, air perlahan sebab dia top floor kan. adohai..haha

    Porridge dia hangit sikit pagi tu, kesian Husna makan bubur hangit..

    Husna yang mesra alam. Semua orang dia nak tegur.

    Overall, hotel bersih, facilities dalam bilik elok dan terjaga, aircond pun tiptop. Hotel ni pun kami recommend kalau ada urusan kat Indera Mahkota ni. Hotel ni pun banyak jugak wedding and other functions held here. Sebab dewan banquet dia besar, sesuai untuk apa occasion pun. Kalau nak request simpan barang dalam peti ais/freezer (haritu bawak puree nasi+kurma husna) boleh request dekat reception, bagitau nak tumpang fridge. Nanti simpan kat peti ais cafe depan tu. Akan ada orang tolong nanti.


    That's all for now, next entry insyaAllah akan share pasal tempat-tempat makan best yang kami dah pergi di Kuantan!