We have been to Kuantan couple of times now, this is some of them yang kami dah experience food, service, location dia. Let's go through this one by one shall we?
- Ana Ikan Bakan Petai, Tanjung LumpurKalau nak makan dengan family, kena buat tempahan awal kat sini, start daripada maghrib dah penuh dengan orang. Semua datang dengan family besar-besar pulak tu. Lagi-lagi kalau weekends. Memang full house. We tried the famous ikan bakar petai. Masa tu tak pasti amik ikan apa, kena pilih sendiri ikan. My husband yang pilih, that's why tak ingat. Haha.

Gambar google je. Tak dan nak amik masa tu.
Rasa memang sedap, macam bakar portugese-style tu. Rasa gravy dia yang spot on for me. Kami duduk kat bahagian atas, ada meja-meja jepun, kena bukak kasut kat atas. Kalau ada anak-anak nak golek-golek sesuai lah kat atas tu.
Oh ye. Ana Ikan Bakar Petai ni kalau tak silap ada 3 cawangan. Mana-mana pun memang penuh, So I assume sama je rasa kat semua cawangan dia. - Terminal Satay Zul
Satay yang agak famous di Kuantan. Memang ramai orang. Kuah kacang dia sedap, satay tak ingat la berapa sen secucuk. Ada jugak pulut mangga kat situ. - Lila Wadi, Jalan Teluk SisekMula-mula datang sini nak try Mango Cheesecake dia yang famous dengan Pandan Cooler dia. The next time kami singgah sini, dengan family husband, makan light dinner sebab semua orang makan lunch lambat hari tu. Tempat dia makanan quite pricey, but worth the taste and ambiance kat situ. Parking dan seating can be problematic kalau tak reserve awal-awal.
Kat sini style western and fusion sikit, ada bbq and steamboat, nasi pun ada. Mango cheesecake dia is a must try lah.
Ada jugak satu lagi cawangan dia kat Indera Mahkota 2 kalau tak silap. Kedai lagi besar. - Nasi Kukus Mama, Indera MahkotaSebelah dengan Sri Manja Boutique Hotel kat Indera Mahkota. Style bayar, beratur dan amik order. Peringatan: Mintak orang yang bungkuskan order tu, asingkan cili dia. Cili dia memang pedas, tapi sedap. Memang tak pakai pinggan kat kedai tu, kertas minyak all the way. Bungkus pun kertas minyak, double layer.

Bungkus, makan kat hotel
Nasi sedap berderai, ayam berempah dia pun best. Dah dua kali makan Nasi Kukus Mama ni. Sebungkus RM5.00. Try lah. memang sedap. - Sara Thai Kitchen (Depan Grand Continental)I've had my Kuayteow Tomyam, husband makan nasi putih dengan lauk paprik. Memang sangat pedas, perut tak boleh tahan. Maybe dia kena kurangkan sikit kepedasan baru okay kot. Ada jugak order sotong tempura dia. Memang sedap! Pulut mangga dia.. fuh creamy, berlemak betul santan dia. mangga pun fresh. A must try pulut mangga kat sini, semua yang dine in kat sini mesti akan take away satu pulut mangga ni. Packaging cantik je..

Pulut mangga Sara Thai Kitchen 
Tempura sotong, macam sotong goreng tepung, tapi lagi ummph - The Fryerzone, Indera SempurnaTempat makan Western yang sangat sedap! Grilled/fried chicken chop dia dua-dua pun sedap. Murah pulak tu. Setiap hari harga sama je RM9.50, sepinggan chicken chop dengan air buah satu. Sangat recommended, just tempat dia susah sikit nak cari. Pakai waze, navigate pakai location fousquare baru jumpa.

Chicken grill 
Chicken chop Tempat dia a bit dodgy, ade bau-bau longkang sikit, tapi takde lah duduk makan betul-betul sebelah longkang kan.. Tempat makan dia macam warung style gitu. Makanan dia bersih je. Kami tak de pulak sakit perut lepas makan tu. Kalau jenis tak kisah dengan tempat macam tu takpe lah. Haha. - Gerai Calong U-Turn

Memang bukak waktu pagi je 
Pemandangan dari jeti feri kecik depan kedai tu 
Mee Calong. Mungkin boleh request bihun bagi penggemar bihun 
Mee kari tebabom sedap Kami try mee kari dan mee calong dia. Mee calong ni macam mi sup yang berempah lebih sikit. Bagi aku memang masin sikit mee calong dia. Mee kari dia memang sedap. Masa mengandung dulu teringin nak makan mee kari macam ni lah! Tapi tak jumpa pulak kat Nilai/Salak sana. Haha. Naya je nak cari mee kari kaw-kaw isi dia macam ni kalau mengidam lagi nanti (HAHA) - Kula Cakes by Lila WadiLokasi kedai kek ni kat Jalan Besar, pusat bandar Kuantan. Kedai dia memang sempit sikit. Style pilih, bayar, makan. Tempat makan pun limited tapi hipster sungguh. Hari tu ada try pavlova dengan toblerone cheesecake dia. Pavlova sedap, tapi toblerone cheesecake dia macam manis sikit. Mostly ramai makan mango cheesecake dia. Kitorang dah makan kat lila wadi haritu so, nak try yang lain lah. Standard harga untuk sepotong kek tu semua atas RM5.00, style macam kat Secret Recipe la. Beverage pun tak banyak choice, coffee, pandan cooler dia yang famous tu, air mineral. Macam tu je lah.
- Dallah Restaurant Yemen Food - KuantanNasi arab yang boleh tahan sedapnya di Kuantan. Dekat dengan masjid area kedai-kedai baju tu. Overall okay makanan dia, service pun cepat. Try mandi lamb dia dengan lamb hanith dia.. Not bad..
Kalau datang time solat jumaat, tempat parking dia tutup. Pukul 2.30 macam tu baru dia bukak.Orait. Itu sahaja review tempat makan yang best di Kuantan. InsyaAllah kalau ada tambahan, akan update kat post ni. Husna dah merengek. Sorry kalau kekurangan illustrasi gambar makanan ke. Hehe. Happy food hunting!

No comments:
Post a Comment