Saturday, May 30, 2015

Celcom First Basic 38! Bertukarlah sekarang!

Hari tu ada terbaca pasal plan celcom first yang terbaru, iaitu Celcom First Basic 38 yang sangat berpatutan bagi orang yang kurang call, kurang sms tapi banyak online. Sebelum ni pakai plan Celcom mAdvance Plus 68.



Pertukaran untuk yang memang sedia pakai line ke line memang mudah, tapi bagi yang pakai prepaid nak tukar ke line mungkin akan makan masa sikit. Pertukaran dibuat di Blue Cube Mesra Mall, tunggu giliran agak lama sebab ramai sangat orang masa tu. Akak kat kaunter tu sangat membantu. Lepas tanya macam-macam soalan (husband yang banyak suspicious pasal plan ni, so dia yang paling banyak tanya haha), terus buat conversion. Hanya perlu IC, nombor telefon yang nak tukar plan tu and duit RM40.30. Settle. Lepas beberapa minit, dapat sms daripada celcom, conversion dah berjaya, so settle dalam hari tu jugak.


Kepelikan sebelum nak tukar ke plan ni ada lah 3Gig internet tu sebenarnya. Nanti lepas habis promotional period, sesiapa yang dah daftar within promotional period yang dah dapat 3Gig tu jadi 2Gig ke? Jawapan dia, TIDAK. Kekal 3Gig. Sesiapa yang daftar selepas promotional period, akan dapat 2Gig je. So siapa nak tukar, cepat-cepat lah ke blue cube yang terdekat ya. Tak tahu lah sampai bila promotion ni akan berlangsung. 

Dan yang paling best, boleh carry forward unused data internet ke next month, dengan syarat maximum 3Gig sahaja. Plan mAdvance Plus 68 tak boleh pun buat macam tu. So this plan is much more better than my previous plan. *HAPPY*

P/S: Sape tak nak benda murah kan? HEHE

No comments:

Post a Comment