Saturday, May 30, 2015

Celcom First Basic 38! Bertukarlah sekarang!

Hari tu ada terbaca pasal plan celcom first yang terbaru, iaitu Celcom First Basic 38 yang sangat berpatutan bagi orang yang kurang call, kurang sms tapi banyak online. Sebelum ni pakai plan Celcom mAdvance Plus 68.



Pertukaran untuk yang memang sedia pakai line ke line memang mudah, tapi bagi yang pakai prepaid nak tukar ke line mungkin akan makan masa sikit. Pertukaran dibuat di Blue Cube Mesra Mall, tunggu giliran agak lama sebab ramai sangat orang masa tu. Akak kat kaunter tu sangat membantu. Lepas tanya macam-macam soalan (husband yang banyak suspicious pasal plan ni, so dia yang paling banyak tanya haha), terus buat conversion. Hanya perlu IC, nombor telefon yang nak tukar plan tu and duit RM40.30. Settle. Lepas beberapa minit, dapat sms daripada celcom, conversion dah berjaya, so settle dalam hari tu jugak.


Kepelikan sebelum nak tukar ke plan ni ada lah 3Gig internet tu sebenarnya. Nanti lepas habis promotional period, sesiapa yang dah daftar within promotional period yang dah dapat 3Gig tu jadi 2Gig ke? Jawapan dia, TIDAK. Kekal 3Gig. Sesiapa yang daftar selepas promotional period, akan dapat 2Gig je. So siapa nak tukar, cepat-cepat lah ke blue cube yang terdekat ya. Tak tahu lah sampai bila promotion ni akan berlangsung. 

Dan yang paling best, boleh carry forward unused data internet ke next month, dengan syarat maximum 3Gig sahaja. Plan mAdvance Plus 68 tak boleh pun buat macam tu. So this plan is much more better than my previous plan. *HAPPY*

P/S: Sape tak nak benda murah kan? HEHE

Monday, May 18, 2015

Tempat-tempat makan yang best di Kuantan

We have been to Kuantan couple of times now, this is some of them yang kami dah experience food, service, location dia. Let's go through this one by one shall we?
  1. Ana Ikan Bakan Petai, Tanjung Lumpur
    Kalau nak makan dengan family, kena buat tempahan awal kat sini, start daripada maghrib dah penuh dengan orang. Semua datang dengan family besar-besar pulak tu. Lagi-lagi kalau weekends. Memang full house. We tried the famous ikan bakar petai. Masa tu tak pasti amik ikan apa, kena pilih sendiri ikan. My husband yang pilih, that's why tak ingat. Haha.
    Gambar google je. Tak dan nak amik masa tu.

    Rasa memang sedap, macam bakar portugese-style tu.  Rasa gravy dia yang spot on for me. Kami duduk kat bahagian atas, ada meja-meja jepun, kena bukak kasut kat atas. Kalau ada anak-anak nak golek-golek sesuai lah kat atas tu.

    Oh ye. Ana Ikan Bakar Petai ni kalau tak silap ada 3 cawangan. Mana-mana pun memang penuh, So I assume sama je rasa kat semua cawangan dia.


  2. Terminal Satay Zul
    Satay yang agak famous di Kuantan. Memang ramai orang. Kuah kacang dia sedap, satay tak ingat la berapa sen secucuk. Ada jugak pulut mangga kat situ.


  3. Lila Wadi, Jalan Teluk Sisek
    Mula-mula datang sini nak try Mango Cheesecake dia yang famous dengan Pandan Cooler dia. The next time kami singgah sini, dengan family husband, makan light dinner sebab semua orang makan lunch lambat hari tu. Tempat dia makanan quite pricey, but worth the taste and ambiance kat situ. Parking dan seating can be problematic kalau tak reserve awal-awal.

    Kat sini style western and fusion sikit, ada bbq and steamboat, nasi pun ada. Mango cheesecake dia is a must try lah.

    Ada jugak satu lagi cawangan dia kat Indera Mahkota 2 kalau tak silap. Kedai lagi besar.

  4. Nasi Kukus Mama, Indera Mahkota
    Sebelah dengan Sri Manja Boutique Hotel kat Indera Mahkota. Style bayar, beratur dan amik order. Peringatan: Mintak orang yang bungkuskan order tu, asingkan cili dia. Cili dia memang pedas, tapi sedap. Memang tak pakai pinggan kat kedai tu, kertas minyak all the way. Bungkus pun kertas minyak, double layer.
    Bungkus, makan kat hotel

    Nasi sedap berderai, ayam berempah dia pun best. Dah dua kali makan Nasi Kukus Mama ni. Sebungkus RM5.00. Try lah. memang sedap.